Wednesday 15 November 2017

kereta?? rumah?? kahwin??

[Kereta, Kahwin atau Rumah]

Ramai anak-anak muda yang baru lepas habis belajar dan baru mula bekerja akan tanya aku tentang tiga hal ni.

Bagi aku ketiga-tiga penting.
Kereta pun penting, kawin pun penting, rumah pun penting.
Untuk mereka yang muda-muda ni, jadi nak kereta ke nak kawin ke nak rumah?

----------------------
#1 KAHWIN DULU
----------------------

Kalau kita berusia muda, memang tahap kita baru dapat kerjaya, masa itu kita pun dah ada calon dihati yang terbaik, dari segi pemilihan islamiknya dan memang sesuai sangat dan ketika itu anda masih belum memiliki kereta, atau rumah, tak mengapa.
Teruskanlah niat untuk mendirikan rumah tangga itu.
Sebab kita kena yakin dengan janji Allah bahawa Insya Allah dengan perkahwinan itu akan beroleh keberkatan dan dimurahkan rezeki.

Macam mana nak kawin, duit pun tak ada?

Sebab tu pemilihan calon itu penting,
sama ada calon kita bole berkongsi dalam kos-kos perkahwinan, atau sama-sama memilih untuk perkahwinan yang sederhana dan jimat.
So, duit itu tidak menjadi syarat utama untuk perkahwinan.
Syarat utamanya adalah calon-calon tu yang paling penting.

Lepas tu baru tengok bagaimana kos mengadakan walimatul urus.
Jangan terlalu over dalam mengadakan majlis perkahwinan sebab itu selalu merupakan kesilapan kewangan utama oleh ramai pasangan.

"Alah sekali seumur hidup."

Anda akan terjerat dengan masalah hutang sekiranya anda berbelanja berlebihan untuk mendirikan rumah tangga.

-----------------------
#2 KENDERAAN DULU
-----------------------

Kenderaan adalah salah satu keperluan utama untuk kita perlu adakan untuk kita bergerak kesini kesana, pergi kerja dan sebagainya.
Jika tak ada pengangkutan, selalunya kita sukar untuk bergerak.
Tapi sekarang macam-macam sudah ada, boleh je memilih UBER atau GRAB sebagai pemandu peribadi kita kemana-kemana sahaja yang kita mahu pergi.
Jimat kos tol dan kos minyak.
Cumanya bagi anak-anak muda yang mahu memiliki kenderaan sendiri selalu mereka silap buat pilihan.

Bila rasa perlu beli kereta, dibelinya kereta mahal-mahal sampai 9 tahun pinjaman.
Kemudian installment kereta sahaja dah mencecah RM800-RM1000 sebulan.
Gaji baru-baru kerja anggaran kurang lebih sekitar RM2000-RM2500.
Kalau dah sebulan spend untuk kereta sahaja sudah RM1000, bagaimana nak menyimpan untuk membeli rumah.
Dengan duit makan minum nya
Dengan duit keraian nya lah
Dengan duit enjoy nya lah
Dengan kos minyak dan tol
Dengan duit sewa rumah lagi

Sepatutnya kalau ikut orang yang bijak dalam mengurus kewangan, diorang akan beli kereta 2nd hand yang baik kondusinya, dan pinjaman hanya dihadkan kepada 5 tahun sahaja bukan 9 tahun.

Dan mereka juga akan pastikan bayaran bulanan kereta itu sekitar 20%-30% daripada gaji bulanan mereka.
Ini adalah tips yang selalu diamalkan oleh orang-orang bijak dalam kewangan.

Kenderaan itu perlu tapi jangan keperluan nafsu kita melebihi keperluan utama kita yang sebenar iaitu memudahkan untuk kita bergerak ke sana sini untuk bekerja.

Kene pegang prinsip ini,

"Our 1st Car is not our DREAM CAR"

------------------
#3 RUMAH DULU
------------------

Bagi sesiapa yang merasakan rumah perlu dan wajib beli dulu terpulang.
Setiap kemampuan individu itu adalah berbeza.
Sekiranya kita mengambil keputusan untuk membeli rumah dulu untuk melakukan pelaburan, maka mula lah menyimpan 10%-20% daripada gaji kita setiap bulan untuk tabungan deposit untuk membeli rumah.

Sebab tanpa deposit, anda seolah-olah tak menunjukkan keseriusan untuk membeli rumah kepada pemilik rumah.
Ye memang ada khidmat bank 100% loan untuk skim perumahan pertama, namun bagi status rumah subsale atau underconstruction sekalipun mereka pasti mengenakan deposit atau bayaran 'booking' untuk lock sesuatu rumah yang kita ingin miliki.

Sekurang-kurangnya owner tidak menunggu begitu lama untuk sejumlah hasil daripada pinjaman loan anda lulus dan di 'disburse' kan.
Anggaran untuk loan itu 'disburse' adalah 3 bulan ke 6 bulan.
Jadi sekurang-kurangnya pemilik rumah asal dapat merasa deposit 10% mereka sebelum mereka dapat baki hasil jualan rumah mereka.

Walaupun kita tahu ada pinjaman 100% tapi kita kena dahulukan wang kita terlebih dahulu dan deposit yang kita dahulukan itu akan dapat semula kepada kita selepas loan 'disburse'.

Jika anda sudah bersedia membeli rumah, buatlah pilihan yang bijak dari segi kemampuan, lokasi, dan perancangan masa depan yang baik.
Insya Allah pelaburan dalam hartanah ini tidak pernah merugikan sekiranya kita tahu caranya.
Beberapa tahun ke hadapan anda akan lihat, modal beserta keuntungan anda akan dikembalikan berlipat kali ganda sekiranya anda menjual semula hartanah yang anda miliki dengan harga pasaran pada ketika itu.

Berkemungkinan hasil jualan rumah anda 2 3 tahun akan datang, anda bole buat modal untuk berkahwin.
HEHEHE

-----------------
#4 KESIMPULAN
-----------------

Ketiga-tiga di atas itu penting untuk anak-anak muda yang bertanya perihal diatas.
Setiap individu lebih tahu kekuatan kewangan mereka masing-masing.
Ukurlah baju di badan sendiri.

Tuesday 6 January 2015

Sah kahwin di Thailand ?

Baru-baru ini saya diajukan persoalan apakah hukum kahwin lari ataupun kahwin di luar negara tanpa pengetahuan keluarga, terutama kepada para gadis yang memerlukan Wali yang merupakan salah satu rukun nikah 

Fakta Portal Rasmi Fatwa Malaysia
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :
  1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah
     
  2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah
     
  3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
     
  4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.
sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kahwin-lari-di-selatan-thailand-0

Apakah rukun nikah ?

Rukun nikah
  1. Pengantin lelaki (Suami)
  2. Pengantin perempuan (Isteri)
  3. Wali
  4. Dua orang saksi lelaki
  5. Ijab dan kabul (akad nikah)
   * singkatan S.I.S.W.A.


Syarat Sah Nikah
Syarat bakal suami
  • Islam
  • Lelaki yang tertentu
  • Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
  • Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
  • Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri
Syarat bakal isteri
  • Islam
  • Perempuan yang tertentu
  • Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
  • Bukan seorang khunsa
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak dalam idah
  • Bukan isteri orang
Syarat wali
  • Islambukan kafir dan murtad
  • Lelaki dan bukannya perempuan
  • Baligh
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak fasik
  • Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
  • Merdeka
  • Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya

kenapa sampai malaysia pasangan tersebut di denda ?


Sekiranya berkahwin di Siam tanpa kebenaran Pejabat Agama di negeri masing-masing, pasangan yang berkahwin itu boleh dikenakan denda dan dipenjara bagi kesalahan-kesalahan seperti
  • Pernikahan diluar kawasan tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
  • Poligami tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
  • Mendaftarkan pernikahan selepas 6 bulan ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
kesimpulannya, kepada sesiapa yang berniat atau berhajat untuk melakukannya fikir la semula, berpuluh tahun ibu dan ayah kita membesarkan kita, tak kan la pasal cinta kita lupakan mereka, takkan bila kita rasa kita dah dewasa dah boleh buat keputusan sendiri kita nak membelakangi mereka. memang betol bende yang baik kenapa nak di tangguhkan tapi kita jangan lupa restu keluarga juga penting. bayang kan kita di tempat mereka, satu hari nanti kita juga akan tua dan inshaAllah bergelar ibu dan bapa. renung-renungkan dan selamat beramal.
gambar sebagai hiasan.

Saturday 8 November 2014

LELAKI MESTI BACA !!!!!!!!!!!

Pernahkan anda menggunakan hanphone semasa khatib membaca khutbah ?
pernahkah anda meragui tentang kelakuan anda tersebut ?
kita disuruh malah digalakkan untuk mendengar khutbah dengan khusyuk agar kita mendapat ibadah solat jumaat yang sempurna.
tapi bagai mana kita menggunakan hanphone ketika khatib membaca khutbah ?

Soalan : Whatsapp adalah trend terkini komunikasi. Di masjid ketika mendengar khutbah Jumaat pun, ada jemaah yang berbalas Whatsapp. Apakah hukum membaca atau membalas pesanan Whatsapp ketika khutbah Jumaat ?

Jawapan : Para ulama berselisih pendapat tentang hukum bercakap ketika khutbah Jumaat. Kebanyakan mengatakan hukumnya haram, namun mazhab syafii mengatakan hukumnya makruh. Kita disunatkan untuk diam dan memdengar khutbah dengan tekun.

Rasulullah bersabda: " Jika kamu berkata kepada sahabatmu, 'Diam!', padahal imam berkhutbah pada hari Jumaat, maka sesungguhnya kamu telah berkata yang lagha." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lagha dalam hadis ini ertinya  melakukan perkara yang dapat merosakkan kesempurnaan ibadah solat Jumaatnya.

Membalas pesanan Whatsapp termasuk dalam larangan bercakap-cakap ketika khutbah. Ini kerana perbuatan tersebut melalaikan kita daripada tumpuan mendengar isi kandungan khutbah dengan khusyuk. Begitu juga membaca risalah atau akhbar, atau membaca sesuatu dalam Facebook dan sebagainya. Semua perbuatan ini sangat tidak bersesuaian dan hendaklah dihindarkan.

semoga ibadah kita diterima Allah. amin

Friday 10 October 2014

mereka suruh kita makan lembu,tetapi mereka makan kambing !!!



Mereka yang bergelar doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.
Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan.
Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Daging Kambing Adalah Daging Yang Paling Baik
Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam.
Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.
Pengurai Kolestrol Tepu
Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.
Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.
Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Mencantikkan Kulit
Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari.
Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira.
Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).
Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.
Inilah tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat islam terutamanya.
Wallahu’Alam.
INFO TAMBAHAN:
Kita Ditipu Oleh Pengkaji Dari Barat(Yahudi)….??
Bijak sungguh mereka memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, akan tetapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Antara ‘barangan mereka’ yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan bahawa jika ingin mendapatkan vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.  Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita oleh kerana hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi pada hati ayam.

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Tetapi lain pula bagi orang Barat dan Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

Untuk pengetahuan, ‘Mereka’ juga mengwar-warkan kebaikan minum soya, namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser, serta melemahkan otak dan tulang oleh kerana kandungan soya mempunyai hormon estrogen yang sama terdapat pada wanita. Soya juga mempunyai kandungan phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas


Tuesday 4 March 2014

Service Buah Pinggang Anda..???

Selama ini adakah pernah anda terfikir untuk menbersihkan buah pingaang anda. selepas bertahun buah pinggang berfungsi ape kata cuci sekali. 

cara untuk membersihkan buah pinggang..

1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang

2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2


3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.


4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit


5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk


6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya


7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya


8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini


9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.


Wednesday 14 August 2013

Kenali diri dengan KAKI..?

Jenis kaki.
Menurut bentuk gaya Arabic 1 : Mempunyai sifat survivor di dalam diri dan tidak mahu mengalah . Suka melakukan kerja dengan pantas dan secara bersistem supaya tampak lebih teratur . Bersifat pemimpin di dalam diri . Seorang yang berterus terang tetapi di dalam hati ada taman, individu yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan merupakan seorang pemikir yang bijak .


Menurut bentuk gaya Roman 2 : Seorang yang mudah berkawan, sangat emosi jika menyentuh hal bab keluarga mempunyai impian yang besar tetapi memerlukan orang dibelakang untuk membantunya . Seorang yang bersifat cool dan lebih suka membuat hal sendiri .


Menurut bentuk gaya Greek 3 : Merupakan seorang pelaksana kerja yang paling baik dan tidak mudah putus asa, mempunyai kemahiran yang tinggi didalam sesuatu kerja . Mempunyai ilham, kreatif dan merupakan seorang insan yang berseni tetapi bakat terpendam . Keperluan membina diri untuk lebih maju, hidup penuh dengan impian dan idea tetapi tidak dilaksanakan .

Monday 12 August 2013

Balasan parking ikot suka hati..

Nie yang biase kite jumpe..
sebab tk nak gaduh bagi la note je..
tapi kalu dah xtahan sangat bagi note mcm nie je..